Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Warga Emas: Anugerah yang Disyukuri

    Oleh Daniel Lims –

    BELAIT, 24 JAN – Lebih 30 orang ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) dapat mempelajari kepentingan warga emas menjadi model peranan kepada keluarga semasa tazkirah yang diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan, hari ini.

    Tazkirah bertajuk Warga Emas: Anugerah yang Disyukuri telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr Zulkifli bin Haji Zakaria yang menyelami peranan warga tua sebagai teladan dan pengalaman bagi generasi muda.

    Beliau turut mengaitkan banyak topik yang disentuh semasa tazkirah dengan pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat Al-Quran yang biasa didengari warga emas, lebih-lebih lagi pada usia mereka yang mempunyai masa bagi mempelajari dan memahaminya.

    Pusat tersebut berharap tazkirah berkenaan dapat memberikan inspirasi dan dorongan kepada warga emas agar lebih proaktif dalam aktiviti kemasyarakatan, selain sebagai peringatan bahawa umur mereka boleh memberikan manfaat kerana mereka dapat menyumbangkan pengalaman dan pengajaran yang diperolehi selama bertahun-tahun untuk mewariskannya kepada generasi muda.

    Dr Zulkifli menyampaikan tazkirah kepada warga emas yang hadir. – GAMBAR OLEH DANIEL LIMS
    Sebahagian daripada warga emas yang hadir semasa tazkirah berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIMS

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...