Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas bunuh jiran dipenjara 38 tahun

    IPOH, 26 JULAI – Seorang lelaki warga emas terlepas tali gantung selepas dijatuhi hukuman penjara 38 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh jirannya yang berusia 77 tahun, tiga tahun lepas.

    Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed memerintahkan Mohamad Shaharudin Zakaria, 68, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 3 Mei 2020.

    “Si mati dijerut dan dicampakkan ke dalam parit. Tertuduh sememangnya berniat membunuh si mati. Selain itu, terdapat kecederaan lain seluruh badan si mati seperti ditunjukkan post-moterm,” kata Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi ketika memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

    Mohamad Shaharudin didakwa menyebabkan kematian Zaharah Khalid, di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang Laut, Seri Manjung, Manjung pada kira-kira pukul 8 malam pada 3 Mei 2020.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan peruntukan yang sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – Bernama

    Mohamad Shaharudin terlepas tali gantung selepas dijatuhi hukuman penjara 38 tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini setelah didapati bersalah membunuh jirannya yang berusia 77 tahun, tiga tahun lepas. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda