Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas cabul budak, penjara 9 bulan

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Seorang warga emas tempatan berusia 67 tahun yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun awal bulan ini, telah mengaku bersalah atas pertuduhan itu pada Selasa dan dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan, kelmarin.

    Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu mendengar daripada pihak pendakwaan bahawa defendan berada di tempat letak kereta di hadapan Bangunan Lapau pada malam 30 Ogos untuk membantu rakannya menjalankan perniagaan di salah sebuah gerai.

    Pada malam tersebut, defendan melihat mangsa dan rakannya sedang duduk di kawasan berhampiran. Dia mendekati kedua-duanya dan bertanya apa yang mereka sedang lakukan. Defendan kemudian bertanya kepada mereka sama ada pernah ke Tamu Selera, yang mana mangsa menjawab dia tidak pergi ke sana.

    Defendan kemudiannya menarik tangan mangsa dan membawanya ke sebuah pondok gelap berhampiran Tamu Selera yang terletak berhampiran manakala rakan mangsa tidak mengikuti.

    Semasa bersendirian di pondok gelap itu, defendan meminta mangsa duduk di sebelahnya lalu mencabul mangsa.

    Setelah mencabul mangsa, defendan membawa mangsa ke tempat mula-mula mereka berjumpa dan dia kembali mengendalikan perniagaan rakannya.

    Mangsa segera melaporkan kejadian tersebut kepada ibu bapanya yang berniaga di salah sebuah gerai.

    Tidak lama selepas itu, bapa mangsa mendekati defendan dan bertanya sama ada dia mencabul anak perempuannya, dan defendan mengakuinya.

    Bapa mangsa lalu segera menghubungi polis dan membawa kepada penahanan defendan.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda