Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seorang warga emas dijatuhi denda $81,200 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan menyeludup masuk 149 karton rokok dan tiga karton minuman keras.
Haji Roslan bin Awang Tengah, 73, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman.
Defendan didapati membawa masuk barang tegahan itu ketika pemeriksaan dijalankan di Pos Kawalan Kuala Lurah, pada 27 Julai 2017. Defendan diarahkan untuk membayar $2,000 bermula hujung Oktober ini sehingga selesai pembayaran dan jika gagal, akan berdepan hukuman 12 bulan penjara.