Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Seorang lelaki warga emas dikenakan denda $3,600 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki rokok seludup.
Goh Ching Kiat, 73, mengaku bersalah memiliki 12 karton rokok di rumah sewa di Kampung Kilanas ketika pemeriksaan dijalankan pasukan kastam, pada 29 Julai 2015.
Jika gagal membayar denda, Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan hukuman enam bulan penjara terhadap defendan.