Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas dikhuatiri dibaham buaya

    SYDNEY, 12 Okt – Seorang wanita warga emas yang hilang dikhuatiri telah dibaham oleh seekor buaya selepas polis Australia menemui kemungkinan sisa mayat manusia dan tongkat berhampiran tebing sungai hari ini.

    Anne Cameron, 79, yang polis katakan mungkin mengidap demensia, kali terakhir dilihat pada Selasa di rumah jagaan berhampiran bandar pelancongan Port Douglas di pantai timur laut Australia. Polis Queensland dan Perkhidmatan Kecemasan Negara mencarinya apabila mereka menjumpai pakaian dan tongkat atas namanya.

    “Kami juga telah mengesan beberapa sisa-sisa biologi yang kami percayai mungkin mayat manusia,” kata Pemangku Polis Queensland, Inspektor Ed Lukin kepada para wartawan.

    “Kami terus mencari di kawasan itu dalam harapan yang kami akan menemuinya hidup-hidup.”

    Namun katanya ketika barangan itu ‘terletak berhampiran tebing sungai, kami tidak dapat mengetepikan ia kemungkinan serangan buaya’.

    Lukin berkata polis percaya Cameron mungkin merayau-rayau ke kawasan belukar, di mana dia mungkin tersesat, namun ia tidak diketahui jika dia memasuki air tersebut.

    “Dia mungkin mengalami demensia dan pakaiannya mungkin telah dibuka secara rela,” tambahnya. Buaya air masin sepanjang 2.6 meter telah ditangkap di Tasik Dickson berhampiran Four Mile Beach di Port Douglas pada Ogos, menurut Syarikat Penyiaran Australia.

    Syarikat itu juga berkata pantai itu telah ditutup pada April apabila buaya empat meter itu dikesan berenang di luar pesisir, sementara adanya beberapa serangan berlaku oleh reptilia-reptilia itu ke atas anjing-anjing di kawasan itu tahun ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda