Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Warga emas dipenjara palsu dokumen: Hakim nasihat bertaubat

    SHAH ALAM, 9 NOV – Hakim Mahkamah Sesyen di sini menasihati seorang warga emas supaya bertaubat dan insaf atas kesalahan memalsukan dokumen pindah milik tanah termasuk menggunakan cap jari orang yang telah meninggal dunia.

    “Kamu bukan muda lagi, saya harap kamu insaf dan tidak melakukan kesalahan sama. Paling menyedihkan, apabila kamu sendiri tahu pemilik tanah itu sudah meninggal dunia, tapi kamu bertindak sehingga menyebabkan tanah itu dipindah milik kepada orang lain.

    “Sebagai seorang Muslim, kita akan diadili di akhirat dengan lebih tepat. Bertaubatlah sementara hidup. Pengadilan di akhirat adalah lebih berat,” kata Hakim Rozilah Salleh sebelum menjatuhkan hukuman ke atas Ibrahim Mahidin, 61. Ibrahim dituduh atas empat pertuduhan pemalsuan dokumen pindah milik tanah termasuk menggunakan cap jari orang yang telah meninggal, sekitar 2015 dan 2016.

    Rozilah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman tersebut berjalan serentak bermula hari ini.

    Mengikut pertuduhan, Ibrahim secara tidak jujur menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu dokumen perjanjian jual beli dan dokumen kuasa wakil antara Che’ Nah Arshad yang telah meninggal dunia serta Mhd Kaim Tukimon, 70, masing-masing bertarikh 26 dan 27 Nov 2015, yang diketahui dokumen palsu semasa diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...