Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Warga emas diperdaya jadi keldai dadah

    CANBERRA, 7 NOV – Sindiket jenayah antarabangsa kini dikesan menggunakan modus operandi baharu dengan memperdaya warga emas untuk menjadi menyeludup dadah ke Australia, menurut kenyataan Polis Persekutuan Australia (AFP) .

    AFP mengenal pasti trend baharu penjenayah yang menyasarkan warga emas menerusi penipuan dalam talian dan memaksa mangsa bekerja sebagai keldai dadah untuk membayar hutang mereka, lapor Xinhua.

    Sepanjang 12 bulan lalu, AFP menahan 18 keldai dadah sejurus mereka tiba di Australia dan beberapa individu mendakwa mereka melakukan perjalanan di bawah arahan sindiket jenayah antarabangsa selepas menjadi mangsa penipuan kewangan dalam talian.

    “Penjenayah mengeksploitasi komuniti yang lemah dan akan melakukan apa sahaja taktik untuk mengimport dadah ke negara kita.

    “Kami telah menyaksikan kejadian warga emas bukan sahaja menjadi mangsa penipuan pelaburan dan kehilangan wang mereka, tetapi mereka kemudian ditawarkan harapan palsu mendapatkan semula wang mereka dengan bekerja sebagai keldai dadah tanpa disedari mereka,” kata Komander AFP Kate Ferry dalam satu kenyataan media pada Ahad.

    Antara 18 yang ditahan termasuk beberapa warga Amerika Syarikat yang didapati cuba menyeludup 15 kilogram (kg) methamphetamine dan 1.5 kg kokain di dalam bagasi mereka manakala 18 kg methamphetamine dirampas daripada dua warga Jerman. 

    Mereka mendakwa memperoleh bagasi berkenaan ketika melakukan perjalanan ke Zimbabwe. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...