BANDAR SERI BEGAWAN, 2012 – Penduduk sekitar kawasan Mulaut, dikejutkan dengan berita mengenai seorang lelaki warga emas yang dirompak, dipukul dan diikat di bilik sewa beliau oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai warga asing.
Media Permata yang berada di tempat kejadian diberitahu oleh jiran mangsa bahawa kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 1 pagi di mana sekumpulan lelaki, dipercayai warga asing telah memukul dan mengikat mangsa sebelum merompaknya.
Katanya, warga emas itu yang berusia 70an telah mengetuk papan dan pintu serta memanggil meminta tolong dan beliau yang mendengar panggilan itu sekitar pukul 6 pagi, memasuki bilik lelaki berkenaan dan mendapati mangsa diikat kaki dan tangganya dengan tali. Menurut jirannya itu lagi, mangsa juga dipukul dan mengalami kecederaan di baha-gian kepala dan muka manakala wangnya dipercayai dirompak.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan ra-watan dan kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak polis.
Pasukan Polis Diraja Brunei ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan, di mana seorang lelaki warga emas berbangsa Cina berumur 70 tahun yang sedang tidur menyedari ada orang masuk dari pintu belakang pada kira-kira pukul 1 pagi.