Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Warga emas ditahan seludup rokok lebih RM860,000

    TAWAU, 5 DIS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang lelaki warga emas dan merampas rokok seludup bernilai RM868,208 termasuk cukai di dalam stor sebuah rumah di Kampung Kubang Paya, Semporna, 24 November lepas.

    Penolong Ketua Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata lelaki berusia lingkungan 60an itu ditahan pada 12 tengah hari berdasarkan hasil maklumat orang awam.

    “Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan 1,009,600 batang rokok pelbagai jenama dianggar bernilai RM183,520 dan cukai dianggar RM684,688. Kesemua rokok itu dipercayai dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

    “Modus operandi ialah membawa masuk rokok berkenaan dari negara jiran dan menggunakan sebuah rumah dijadikan stor penyimpanan sementara sebelum dijual dan diedar ke pasaran sekitar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. – Bernama

    Penolong Ketua Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman (tengah) menunjukkan sebahagian rokok seludup bernilai RM868,208 pada sidang media kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...