Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas ditahan, simpan mayat anak perempuan dalam peti sejuk

    TOKYO, 25 SEPT – Polis Jepun berkata hari ini mereka telah menahan seorang wanita berusia 75 tahun yang mengaku bersalah menyimpan mayat anak perempuannya di dalam peti sejuk selama 20 tahun.

    Para penyiasat Selasa lalu menemui mayat seorang perempuan dewasa dalam peti sejuk di rumah Keiko Mori di wilayah Ibaraki, timur laut Tokyo, kata jurucakap polis tempatan yang enggan dikenali.

    Mori mengatakan itu anak perempuannya, Makiko, yang dilahirkan pada 1975 dan akan berusia 49 atau 50 tahun jika masih hidup, kata jurucakap itu.

    “Mayat itu semakin reput,” katanya sambil menyatakan bahawa bedah siasat akan dijalankan untuk menentukan punca kematian.

    Mori tiba di balai polis Selasa lalu dengan seorang saudara untuk melaporkan bahawa dia telah menyimpan mayat di dalam peti sejuk.

    Apabila penyiasat melawat rumah itu bersama Mori, mereka mendapati mayat itu berpakaian kemeja-T dan seluar dalam, melutut menghadap ke bawah di dalam peti sejuk, kata jurucakap itu.

    Mori ditahan kerana disyaki menyimpan mayat.

    Dia berkata kepada penyiasat bahawa bau itu memenuhi rumah jadi dia membeli peti sejuk dan meletakkan mayat anak perempuan itu di dalam, menurut jurucakap itu.

    Mori mempunyai beberapa orang anak, tetapi polis tidak mendedahkan berapa ramai jumlahnya.

    Dia tinggal bersendirian sejak kematian suaminya awal bulan ini, kata jurucakap itu. – AFP

    Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda