Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas ditahan tutup ventilator rakan sebilik

    BERLIN, 13 DIS – Seorang wanita berusia 72 tahun telah ditahan selepas didakwa menutup ventilator rakan sebilik hospital dua kali disebabkan dia berasa rimas dengan bunyi alat tersebut, kata pihak berkuasa di Jerman baru-baru ini.

    Wanita itu dipenjarakan kerana disyaki cuba membunuh susulan kejadian di sebuah hospital di bandar barat daya Mannheim pada petang hari ini.

    Polis dan pendakwa berkata dalam satu kenyataan bahawa suspek didakwa menutup ventilator seorang wanita berusia 79 tahun dan, meskipun diberitahu oleh kakitangan bahawa alat itu penting untuk pesakit, menutupnya sekali lagi pada petang itu.

    Pesakit berusia 79 tahun itu terpaksa menerima bantuan untuk memulihkannya, dan sementara nyawanya tidak terancam, masih memerlukan rawatan rapi, menurut pihak berkuasa.

    Suspek dihadapkan di mahkamah pada Rabu dan dibawa ke penjara. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda