MUKAH, 4 SEPT – Lelaki warga emas yang hilang selepas terjatuh ke sungai dalam insiden perlanggaran dua perahu panjang di Batang Oya, Dalat pada Isnin lepas ditemukan lemas tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat berkata mayat Dos Katiek, 81, ditemukan terapung oleh penduduk kampung dan akan dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya. “Pengecaman