Monday, February 3, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas dituduh tembak kucing guna senapang angin

    MELAKA, 30 NOV – Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menembak seekor kucing menggunakan senapang angin di sebuah rumah di Bukit Rambai, Jun lepas.

    Aziz Tambi, 62, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Tanjung Minyak, Bukit Rambai kira-kira 2:30 petang pada 18 Jun 2022. 

    Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 atau maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

    Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon jaminan sebanyak RM20,000 namun peguam tertuduh Mohd Ishak Kari merayu agar jaminan dikurangkan kerana Aziz hanya pekerja kampung dengan pendapatan sekitar RM50 sehari.

     Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda