OTHA Anders dikatakan mula menyimpan wang syiling sejak 45 tahun lalu. Menurutnya wang syiling itu mengingatkannya untuk terus bersyukur dan berterima kasih.
Menurutnya lagi, setiap kali dia terjumpa syiling di mana-mana pun, ia adalah insentif atau pemberian oleh Tuhan untuk mengingatkannya supaya sentiasa bersyukur. Menurut lelaki berumur 73 tahun itu lagi, setiap kali dia terlupa untuk berdoa, pasti dia akan terjumpa dengan syiling orang yang tercicir untuk mengingatkannya untuk kembali bersyukur.
Anders telah mendepositkan syiling sejumlah AS$5,136.14 ke dalam akaunnya baru-baru ini di Ruston Origin Bank, di Ruston, La.
Untuk memastikan syilingnya semakin bertambah banyak, dia mula berhenti menggunakan syiling. Selain itu, dia juga selalu memastikan bahawa setiap kali dia menerima baki selepas membuat pembelian dia menerima wang syiling.
Naib Presiden Bank, Jennie Cole berkata mesin mengira duit syiling yang digunakan dapat menjimatkan banyak masa dan Bank Negara pula dapat membantu untuk mengira jumlah wang yang dikumpul oleh Anders.



Anders akan memaklumkan kepada kami di mana dia mahukan wang itu disimpan,”katanya.
Cole berkata bank itu akan menghantar wang ke FDIC, dan bank akan menerima kredit daripada wang yang dimasukkan ke FDIC.
“Saya tidak pernah menggunakan satu sen pun,” katanya. “Saya akan memecahkan satu dolar sebelum menggunakan sesen pun.”
Sebagai penyelia untuk pelajar-pelajar yang digantung sekolah, Anders berkata pelajarnya seringkali menjual syiling mereka kepada Anders selepas mengetahui akan hobinya menyimpan syiling.
“Tetapi saya tidak pernah membenarkan sesiapa pun, sama ada isteri saya mahupun anak-anak, memberi saya duit tanpa pampasan (dibayar balik),” katanya. “Saya mahukan kepuasan dalaman bahawa saya dan Tuhan yang memperoleh koleksi ini.”
Anders berkata dia benar-benar menikmati melihat koleksi seninya sehingga pada tahun 1970-an, apabila kerajaan AS menawarkan bonus AS$25 untuk setiap AS$100 yang dimilikinya untuk didepositkan. Dia walau bagaimanapun enggan melakukannya.
Lima rakan dan keluarga terdekat Anders membantunya dan pekerja bank memuatkan duit syiling dari belakang trak pikap ke bilik syiling syarikat.
Dalam tempoh lima jam untuk mengira wang, jug plastik yang digunakan untuk menyimpan syiling telah dipecahkan dengan menggunakan kapak dan tukul.
Wang kemudian dicurahkan ke dalam mesin duit syiling dengan menggunakan baldi plastik kecil.
Anders duduk bersebelahan dengan mesin sambil menyaksikan koleksinya menuruni kaunter dan pekerja bank masuk untuk menukar beg duit syiling setiap 20 minit, kerana beg mesin duit syiling perlu diubah selepas cukup AS$50 dan sepanjang 45 tahun dia mengumpul syiling akhirnya tanpa disedari dia telah menyimpan sebanyak AS$5,136.14. – Agensi