Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 18 MAC – Seorang warga emas berbangsa Cina telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam majlis pengislaman yang diadakan di Dewan Pusat Dakwah Islamiah (PDI) cawangan Daerah Belait di Kuala Belait, hari ini.

    Tang Siak Nang, 85, yang melafazkan ikrar pengislamannya dengan disaksikan oleh pegawai dan kakitangan pusat berkenaan telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Anam bin Abdullah.

    Dengan pengislaman berkenaan, pusat tersebut telah merekodkan seramai 10 orang yang memeluk agama Islam setakat ini pada tahun ini, sementara itu, seramai 64 orang telah direkodkan pada tahun lalu.

    Muhammad Anam semasa melafazkan Dua Kalimah Syahadah di Dewan PDI cawangan Daerah Belait, Kuala Belait. – Gambar serahan PDI KB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda