Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas maut dalam kemalangan di Selangau

    SIBU, 8 OKT – Seorang pemandu warga emas maut di tempat kejadian apabila kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 75, Jalan Sibu-Bintulu, Selangau kira-kira 7:40 pagi hari ini.

    Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata mangsa, seorang lelaki dikenali sebagai Dian Igoh, 67, cedera parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Selangau.

    “Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang bergerak lurus di lorong kanan jalan dari Sibu ke Bintulu berlanggar dengan kenderaan dipandu mangsa yang membuat pusingan U,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda