Monday, September 23, 2024
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas maut, lori tangki simen masuk gaung

    LAHAD DATU, 23 SEPT – Seorang lelaki warga emas maut selepas lori tangki simen yang dipandunya hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 18 Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini awal pagi tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata Abd Halim Bolong, 72, cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.  

    “Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2:42 pagi tadi dan kemudian 10 anggota bertugas bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa. Mangsa berada dalam keadaan tersepit di kabin serta tertimbus di dalam tanah dan mangsa berjaya dikeluarkan pada 12 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Sumsoa berkata mayat mangsa dihantar ke hospital dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda