Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Warga emas maut, pacuan empat roda dihempap batu

    KOTA KINABALU, 21 FEB – Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dihempap batu besar di Kuala Tomani, Mansaam, Tenom hari ini.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zainal Sinsian dalam kenyataan berkata pihaknya mengeluarkan Ho Ka Cheong, 65, yang tersepit dalam kenderaan itu.

    Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

    Beliau berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12:27 tengah hari sebelum menempuh perjalanan sejauh 45 kilometer (km) dari BBP Tenom.

    Pasukannya kemudian menaiki kenderaan awam sejauh 10km melalui jalan tidak berturap yang menjadi laluan lori balak untuk ke lokasi kejadian.

    “Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, sebelum operasi ditamatkan pada pukul 3:22 petang,” katanya. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...