Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Warga emas maut SUV rempuh pokok

    LABUAN, 24 FEB – Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terbabas sebelum merempuh pokok dalam kejadian di Jalan Tun Mustapha awal pagi ini.

    Ketua Polis Labuan, Supt Ahmad Jawilla berkata ketika kejadian mangsa, Chan Wah Shin, 62, yang memandu sendirian hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok di bahagian tepi jalan raya.

    Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

    “Kenderaan dipandu mangsa terbabas memasuki haluan bertentangan,” katanya kepada Bernama.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Ismaidi Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1:21 pagi dan sepasukan 13 anggota digerak ke lokasi kemalangan.

    Katanya, mangsa yang terperangkap berjaya dikekuarkan oleh anggota bomba sebelum paramedik mengesahkan telah meninggal dunia.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

    Keadaan kenderaan mangsa selepas kejadian. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...