Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas melecur, dua selamat dalam kebakaran

    BINTULU, 20 APRIL – Seorang lelaki warga emas melecur di bahagian belakang badan manakala dua lagi penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Medan Ginseng, Jalan Sibiyu, awal pagi tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata mangsa, Yew Hing Kuong, 65, telah diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Nyabau untuk rawatan lanjut.

    “Dua lagi penghuni, Cheng Guat Sien, 88, serta seorang wanita dikenali sebagai Lili Rinus tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Menurutnya pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3:49 pagi dan 13 anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari BBP berkenaan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda