Oleh Daniel Lim
BELAIT, 5 FEB – Ahli-ahli Kelab Lions Belait (LCB) telah menghabiskan hari terakhir Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) bersama warga emas di Rumah Orang Tua di Seria, hari ini.
Dengan diketuai oleh Presiden LCB, Keith Wong, enam orang ahli kelab itu meluangkan masa bersama warga emas pusat itu semasa makan tengah hari di mana pelbagai hidangan dimasak sendiri telah disajikan.
Di samping itu, ahli-ahli juga menyerahkan sampul merah atau angpau kepada warga emas bagi membantu memeriahkan lagi suasana sambutan tersebut.
