Monday, October 7, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas rentung, kebakaran di Kudat

    KUDAT, 7 OKT – Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah dan sebuah kenderaan di Kampung Pituru di sini malam tadi.

    Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu pihaknya menerima panggilan pada jam 10.10 malam sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian.

    Beliau berkata seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kudat tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 45 kilometer sekitar jam 10.46 malam dan kebakaran berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan itu.

    “Seorang wanita Lo Hiong Lan, 76, rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat itu dan mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

    Pemeriksaan sekitar kawasan terbabit telah dijalankan dan punca kebakaran belum dikenal pasti. Operasi ditamatkan pada jam 2.25 pagi. – Bernama

    Gambar Unsplash

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda