Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas rugi hampir RM300,000

    BATU PAHAT, 6 NOV – Seorang warga emas kerugian sebanyak RM299,373.40 akibat terpedaya dengan pelaburan bitcoin yang diiklankan melalui Facebook dan mampu memberi pulangan lumayan.

    Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata kejadian membabitkan wanita berusia 62 tahun itu bermula April lepas apabila berurusan dengan seorang lelaki yang menguruskan laman terbabit.

    Selain Facebook, pesara itu turut menggunakan aplikasi WhatsApp bagi menyertai pelaburan bitcoin yang menggunakan nama Syarikat Bitcoin Yoamax, kata beliau.

    “Bagi tujuan itu, mangsa memasukkan sebanyak RM35,320 menerusi tujuh transaksi akaun bank berbeza secara berperingkat.

    “Mangsa juga menyerahkan data peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan selain maklumat perbankan untuk urusan berkenaan serta memuat turun aplikasi Yoamax,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Ismail berkata mangsa kemudian dihubungi kononnya telah mendapat keuntungan daripada pelaburan awal, namun diminta untuk memasukkan wang berjumlah RM164,417 jika ingin mengeluarkan duit berkenaan.

    Suspek, katanya turut memberitahu mangsa bahawa wang itu akan dikembalikan sekiranya mangsa tidak terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda