SIBU, 13 NOV – Seorang lelaki warga emas kerugian RM136,000 setelah terperdaya dengan penipuan perniagaan dalam talian, kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili. Beliau berkata mangsa berusia 60an dan tidak bekerja terjerat selepas menekan pautan di laman Facebook pada 9 Oktober lepas yang membawa ke satu platform e-dagang menggunakan aplikasi WhatsApp. “Mangsa ditawarkan peluang perniagaan menjual barangan kosmetik

