Saturday, November 30, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas rugi RM216,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

    JOHOR BAHRU, 29 NOV – Seorang lelaki warga New Zealand kerugian sebanyak RM216,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud bulan lepas.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh, berkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang warga emas berusia 61 tahun semalam mendakwa mangsa telah dihubungi oleh seorang lelaki pada pukul 3:43 petang, 2 Oktober lalu, yang memperkenalkan laman sesawang https://m.worldcoinkk.com untuk menyertai pelaburan.

    “Mangsa telah diberi penjelasan mengenai syarat-syarat pelaburan dan dijanjikan keuntungan sebanyak tiga hingga lima peratus sebulan daripada nilai yang dilaburkan.

    “Mangsa yang tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan itu telah bersetuju membuat transaksi secara dalam talian ke satu akaun Bank Hong Leong atas nama SPB International Sdn Bhd,” katanya.

    Beliau berkata bermula dari 3 hingga 25 Oktober, mangsa telah membuat transaksi sebanyak 27 kali berjumlah RM216,000 untuk pelaburan yang dicadangkan suspek. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda