Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas selamat selepas dibaham buaya

    HOMESTEAD, 12 MAC – Seorang lelaki berusia 68 tahun yang melawat Everglades Florida telah digigit oleh buaya ketika cuba berenang ke pantai setelah terjatuh dari perahu layarnya, kata pegawai.

    Serangan itu berlaku pada petang Ahad di Marina Flamingo di Taman Negara Everglades, menurut Perkhidmatan Taman Negara.

    Everglades merupakan salah satu kawasan tanah lembap terbesar di dunia dan menurut Yayasan Hidupan Liar Nasional, ia adalah satu-satunya tempat di dunia di mana buaya Amerika dan aligator Amerika hidup bersama. Terdapat kira-kira 1 juta aligator di Florida, namun hanya beberapa ribu buaya di sana.

    Bot layar warga emas itu terbalik di lembangan marina dan dia cuba berenang ke darat bersama perahunya apabila saksi melihatnya tenggelam ke dalam air, kata pegawai.

    Pengawal taman bertindak dan merawat luka di kaki lelaki itu. Dia dibawa ke hospital dalam keadaan stabil. Tiada maklumat lanjut dikeluarkan mengenai keadaannya.

    Pengawal taman dan ahli biologi taman sedang menyiasat dan memantau buaya yang disyaki. – AP

    Pengunjung berjalan melepasi papan tanda Taman Negara Everglades di Taman Negara Everglades, Florida. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda