SWEIDA, SYRIA – Nabiha Badour, seorang wanita Syria berusia 75 tahun, enggan untuk berpeluk tubuh sambil menunggu anak lelakinya untuk menjaganya. Dia tidak mahu bergantung harap pada sesiapa dan memilih untuk bekerja keras mencari nafkah di tengah keadaan ekonomi negara yang teruk. Pada waktu subuh, Badour bangun dan memulakan kerja seharian dengan memberi makan ayam.