Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas tembak mati kanak-kanak 11 tahun di Perancis

    PARIS, 12 JUN – Seorang budak perempuan berusia 11 tahun maut selepas seorang lelaki berusia 71 tahun bersenjatakan pistol melepaskan tembakan ke arah jirannya, turut mencederakan ibu bapanya, kata polis hari ini.

    Tembakan yang dilepaskan lelaki yang berasal dari Belanda itu turut mengakibatkan bapa kanak-kanak berkenaan cedera parah.

    Warga emas berkenaan kemudian bertindak mengurung diri di rumah bersama isterinya sebelum dibawa keluar oleh pasukan polis khas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda