OTTAWA, 20 DIS – Seorang lelaki ber-usia 73 tahun membunuh lima orang jirannya dalam kejadian tembakan di sebuah bangunan perumahan di pinggir bandar Toronto, kata polis semalam, selepas pertengkaran yang berpanjangan dengan lembaga kondominium.
Suspek, dikenal pasti oleh pihak berkuasa sebagai Francesco Villi, tinggal di bangunan kondominium di Vaughan, Ontario, dan nampaknya telah menyasarkan anggota lembaganya.
Daripada lima mangsa yang terbunuh dalam serangan pada petang Ahad, tiga adalah lelaki dan dua wanita.
“Kesemua mangsa tinggal dalam kondominium yang sama,” beritahu ketua polis, Jim MacSween pada sidang media.
“Tiga adalah anggota lembaga kondominium,” katanya, menambah motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Mangsa keenam, seorang wanita berusia 66 tahun, cedera parah dan masih dirawat di hospital, kata MacSween, menyifatkan jenayah sebagai amat ‘menyayat hati.’ – AFP


