Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas terima cermin mata baharu

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 14 OGOS – Sebagai sebahagian daripada Projek Visi Kelab Lion Belait, warga emas yang tinggal di Rumah Orang Tua, Seria, telah diberikan cermin mata preskripsi baharu baru-baru ini.

    Mengetuai kumpulan untuk menyerahkan cermin mata preskripsi kepada warga emas adalah Pengerusi Penganjur GST Daerah (Pasukan Perkhidmatan Global) Joseph Teo, bersama presiden mereka, Johnny Cheong dan ahli Foo Kheh Fah.

    Semasa ditemu bual media, Joseph menjelaskan sebanyak enam cermin mata preskripsi telah diserahkan kepada empat warga emas sumbangan daripada VisionCare Kuala Belait.

    “Kami berharap usaha kebajikan ini akan memberi impak yang besar kepada kehidupan seharian warga emas, kerana penglihatan adalah salah satu aspek utama dalam kehidupan semua orang,” tambahnya.

    Salah seorang warga emas menerima cermin mata preskripsi daripada ahli Kelab Lion Belait. – GAMBAR SERAHAN LIONS CLUB OF BELAIT
    Gambar ramai warga emas bersama anggota Kelab Lion Belait. – GAMBAR SERAHAN LIONS CLUB OF BELAIT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda