Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas yang masih bekerja meningkat

    SEOUL, 19 MAC – Jumlah rakyat Korea Selatan yang berumur 60 tahun ke atas dan masih bekerja meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu berikutan peningkatan kos sara hidup, di tengah-tengah kelembapan ekonomi global.

    Jumlah itu melonjak kepada 5.77 juta pada Februari berbanding 2.73 juta pada bulan yang sama tahu 2013, lapor agensi berita Yonhap memetik Perkhidmatan Maklumat Statistik Korea (KOSIS).

    “Sebahagian daripada mereka perlu bekerja terutamanya kerana peningkatan harga pengguna,” menurut KOSIS.

    Dalam tempoh 10 tahun lalu, kadar pekerjaan dalam kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas mencecah 42.8 peratus pada Februari daripada 32.8 peratus sedekad lalu. – Bernama

    Pencari kerja melihat papan buletin pekerjaan di Mapo-gu di Seoul. – Yonhap
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda