MANILA, 8 OKT – Arab Saudi menghukum mati seorang pekerja Filipina yang telah disabitkan kesalahan membunuh walaupun Manila berusaha untuk menghentikan hukuman mati tersebut, kata pegawai Filipina hari ini.
Nama, butiran mengenai jenayah dan tarikh pelaksanaan hukuman mati suspek tersebut tidak didedahkan selepas permintaan privasi keluarga.
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos, semasa bercakap kepada pemberita hari ini berkata kerajaannya telah berusaha untuk menghalang hukuman mati tersebut.
“Ia adalah satu tragedi yang dahsyat,” kata Marcos. “Kami cuba berusaha selama bertahun-tahun.”
Usaha itu termasuk rayuan presiden, akan tetapi keluarga mangsa enggan menerima wang sebagai ganti pengampunan warga Filipina itu, dan hukuman mati tetap diteruskan,” kata jabatan luar negara dalam satu kenyataan.
Marcos berkata, “Kedua-dua kerajaan telah mencari penyelesaian melalui rundingan berhubung kes itu sejak lima hingga enam tahun yang lalu.
“Malangnya, undang-undang di sana sangat ketat dan nampaknya sabitan itu kekal,” tambahnya lagi.
Marcos berjanji untuk membantu membawa pulang mayat pekerja itu ke Filipina. – AFP