Friday, March 28, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga IBTE JBC derma darah

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Seramai 39 pelajar, kakitangan dan pengajar di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah (JBC) hari ini menyertai kempen derma darah di dewan serba guna kampus tersebut.

    Kempen dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan itu dimulakan dengan pemeriksaan kesihatan ke atas semua penderma darah bagi memastikan mereka sihat dan layak menderma darah.

    Daripada pemeriksaan tersebut, 27 didapati layak menderma darah setiap satu pain semasa kempen tersebut.

    Selain menambah simpanan darah di Pusat Pendermaan Darah bagi pesakit yang memerlukan, kempen juga bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar bahawa menderma darah adalah satu amalan baik dan cara hidup yang sihat.

    Antara warga IBTE JBC yang menderma darah pada kempen tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda