Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga India ditangkap cuba seludup lebih AS$2 juta dari Zambia

    LUSAKA, 20 APRIL – Pegawai kastam Zambia kelmarin mengesahkan penahanan seorang warganegara India yang cuba menyeludup lebih AS$2 juta tunai dan emas bernilai AS$500,000 melalui lapangan terbang utama negara itu.

    Lelaki berusia 27 tahun itu dalam perjalanan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu, apabila percubaannya digagalkan oleh pasukan pelbagai agensi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kenneth Kaunda, kata Suruhanjaya Penguatkuasaan Dadah (DEC) dalam satu kenyataan.

    Menurut agensi tersebut, lelaki berkenaan ditemui membawa AS$2,320,000 wang tunai serta tujuh keping objek yang disyaki emas bernilai AS$500,000.

    Gambar yang dikongsi oleh media Zambia menunjukkan timbunan wang AS$100 yang diikat dengan getah, dimasukkan ke dalam beg hitam sebelum diletakkan di dalam sebuah bagasi polipropilena yang lebih besar.

    “Siatan lanjut ke atas kes ini sedang dijalankan,” kata DEC, memberi amaran kepada “mereka yang terlibat dalam jenayah terancang antarabangsa bahawa tangan undang-undang akan menyusul mereka tidak lama lagi.”

    Negara di selatan Afrika itu kaya dengan hasil mineral seperti tembaga dan emas, namun ekonominya kekal miskin dengan lebih daripada 60 peratus penduduknya hidup dalam kemiskinan, menurut Bank Dunia.

    Pada 2023, lima warga Mesir ditangkap di Zambia apabila pesawat yang mereka bawa mengandungi senjata, 127 kilogram emas dan AS$5.7 juta tunai. Mereka kemudiannya dibebaskan selepas pendakwaan terhadap mereka di bawah tuduhan perisikan digugurkan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda