Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Warga Indonesia didenda $5,000 miliki rokok seludup

    Oleh Nour Maghfirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Seorang warga Indonesia, Yuki bin Erdi, 21, didenda $5,000 kelmarin kerana memiliki rokok seludup.

    Majistret Fatin Fikriyah binti Haji Rosli memerintahkan Yuki menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda.

    Pendakwa Raya Kastam mendedahkan bahawa pasukan penguatkuasa mereka menyerbu sebuah rumah di Kampung Pad Nunok  di Jalan Lamunin di mana defendan tinggal sekitar jam 11.05 malam pada 15 Januari lalu.

    Pihak berkuasa mendapati defendan menyimpan enam paket dan 14 batang rokok yang tidak diisytiharkan.

    Mahkamah turut mengarahkan barang seludup itu dimusnahkan.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...