Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Mahkamah Majistret hari ini telah memerintahkan seorang lelaki warga Indonesia membayar denda $88,500 kerana memiliki sejumlah besar rokok seludup dan menjualnya.
Nandang Permana, 31, perlu menjalani hukuman penjara 19 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Pendakwa Kastam mendedahkan di mahkamah bahawa defendan didapati menyimpan sebanyak 120 karton dan 11 paket rokok, bersama wang tunai bernilai $579 di sebuah rumah di Kampong Delima Satu pada 3 Oktober lalu.
Pemeriksaanyang dijalankan oleh pegawai pencegahan kastam pada pukul 4.10 petang mendapati rokok itu telah diseludup dan wang tunai adalah hasil penjualannya.
Majistret Kanan Harnita Zelda Skinner turut mengarahkan agar kesemua rokok dan wang tunai dilucuthakkan, sementara rokok tersebut dimusnahkan.


