ROM, 31 DIS – Itali merancang untuk memberi vaksin COVID-19 kepada kira-kira 10 hingga 15 juta daripada jumlah keseluruhan 60 juta penduduknya menjelang April 2021, kata Perdana Menteri Giuseppe Conte semalam.
Pada sidang media, Conte berkata di bawah kempen vaksinasi besar-besaran Itali, kumpulan pertama yang akan diberikan vaksin ialah 1.8 juta petugas perubatan termasuk doktor, jururawat serta kakitangan rumah penjagaan diikuti dengan 4.4 juta warga emas, lapor agensi berita Xinhua. – Bernama
