Thursday, February 13, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Jabatan Pos derma darah

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Sebanyak 20 pain darah telah dikumpulkan daripada 20 penderma darah dalam kempen derma darah anjuran Jabatan Perkhidmatan Pos dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang diadakan di Ruang Legar, Kaunter Pejabat Pos, Pusat Memproses Mel dan Bungkusan (MPC), Berakas, hari ini.

    Kempen bermula pada sesi pagi dan diakhiri sebelah petang itu telah disertai oleh para pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan serta orang-orang awam bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Pos Sedunia.

    Ia juga adalah salah satu inisiatif Jabatan Perkhidmatan Pos bagi menggalakkan pegawai-pegawai dan kakitangannya untuk beramal dan berbakti kepada masyarakat umum selain menjalankan tugas-tugas rasmi dan merupakan usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah.

    Antara yang menyertai kempen derma darah kelmarin.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk menanam sifat keprihatinan terhadap penderitaan insan yang lain di samping meningkatkan kesedaran tentang perlunya untuk sentiasa mempunyai tubuh badan yang sihat serta mengamalkan gaya hidup sihat.

    Kempen diharap akan dapat menambah simpanan tabung darah bagi kegunaan Hospital RIPAS dan seterusnya untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda