BERLIN, 29 APRIL – Negara-negara di dunia berusaha mengimbangi langkah-langkah untuk melonggarkan lockdown koronavirus hari ini, dengan Jerman menguatkuasakan peraturan mandatori memakai penutup mulut dan hidung di kedai, tatkala kesan ekonomi global akibat pandemik menjadi semakin ketara.
Mulai hari ini di Jerman, penutup mulut dan hidung perlu dipakai untuk memasuki kedai, yang mula dibuka pada minggu lalu selepas kerajaan mengumumkan wabak sudah terkawal. Penutup mulut dan hidung diwajibkan dipakai dalam bas, kereta api dan trem.
“Saya rasa ia adalah hebat, ia adalah tindakan yang betul,” kata Heike Menzel, 54, yang menyusun rak di pasar raya Bio Company, memakai penutup mulut dan hidung fabrik hitam: “Anda melindungi orang lain, dan anda tak semestinya melindungi diri anda sendiri sebenarnya, namun anda masih rasa lebih selamat.”
Bagaimanapun, Jerman melanjutkan amaran terhadap perjalanan luar negara sehingga pertengahan Jun, menandakan berita buruk untuk industri penerbangan yang telah pun dipaksa membuang puluhan ribu pekerja. – AFP