Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga JPM bertahlil di Kubah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan dibawahnya petang ini mengadakan majlis tahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

    Majlis kelolaan bersama Jabatan Adat Istiadat Negara dan Jabatan Audit. Turut hadir Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

    Bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Suhaili bin Haji Mohiddin sementara bacaan tahlil dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar. Manakala Doa Tahlil dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Juga hadir Pemangku Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda