DENPASAR, INDONESIA, 22 MEI – Seorang warga Kanada yang dikehendaki Interpol atas pemalsuan dan menipu ratusan pelabur di negara asalnya telah ditahan di pulau peranginan Bali, Indonesia, menurut polis.
Stephane Gagnon ditahan di vilanya di Canggu, kawasan tumpuan pelancong yang popular, Sabtu lalu selepas Interpol menghantar surat kepada polis Bali memaklumkan bahawa lelaki berusia 50 tahun itu dikehendaki atas tuduhan pemalsuan dan penipuan.
“Kami menahannya pada 20 Mei dan ditahan dalam tahanan polis Bali selama 20 hari akan datang,” kata seorang pegawai dari unit detektif polis Bali, Ni Wayan Sriani, pada sidang akhbar hari ini.
Gagnon memasuki Bali pada 2020 dari Vietnam dan mempunyai permit tinggal sementara sebagai pelabur, kata polis.
Suruhanjaya Sekuriti Ontario (OSC) berkata di laman webnya pada 2021 bahawa dia dituduh menipu pelabur di seluruh Kanada dengan menjanjikan mereka akses segera ke akaun simpanan persaraan mereka yang terkunci. – AFP


