Thursday, March 13, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Kem Pembangunan sertai tadarus Istana Nurul Iman

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Majlis Bertadarus Malam-malam Bulan Ramadan bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi diteruskan lagi bagi malam Ke-Dua Belas di Surau, Istana Nurul Iman, malam kelmarin.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda hadir ke majlis tadarus berkenaan.

    Acara dimulakan dengan sembahyang Fardu Isyak diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehon Khatib Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz, sementara Solat Sunat Tarawih berjemaah diimamkan oleh Ustaz Mohd Aizat bin Haji Ahmad dan doa dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili.

    Majlis diikuti dengan tazkirah yang bertajuk Fadhilat Surah Al-Mulk yang disampaikan oleh Ustaz Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidup bagi jemaah lelaki dan bagi jemaah perempuan disampaikan oleh Ustazah Hajah Siti Noraziah binti Haji Asli.

    Kemudian, majlis disusuli dengan bacaan tadarus Al-Quran sebelum ditutup dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Turut hadir pada majlis itu adalah seramai 800 pegawai dan kakitangan lelaki dan perempuan dari Kementerian Pembangunan dan Guru Ugama (JPI) dan jemputan khas.

     Semua di atas: Antara yang hadir di majlis berkenaan. 

    Atas & Bawah: Antara jemaah wanita yang hadir ke majlis berkenaan.
    – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda