Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Warga Kem. Pendidikan fahami Maqasid Syariah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Seramai 89 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan jabatan serta institusi-institusi pendidikan di bawahnya menghadiri Taklimat Kefahaman Maqasid Syariah dalam Pengurusan dan Pentadbiran Negara Brunei Darussalam.

    Taklimat yang diadakan adalah antara usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai prinsip Maqasid Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Diadakan di Dewan Kuliah, Sekolah Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Saiful Rijal, kelmarin, taklimat mengetengahkan objektif memberikan kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan Maqasid Syariah dalam tadbir urus sesebuah organisasi mahupun dalam kehidupan seharian.

    Selain itu, taklimat turut menjelaskan bagaimana Maqasid Syariah relevan dalam menjamin kesejahteraan dan keselamatan sosial serta kestabilan negara. Taklimat juga menerangkan beberapa contoh aplikasi Maqasid Syariah dalam perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Kementerian Pendidikan.

    Taklimat disampaikan oleh tenaga-tenaga pengajar di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Haji Mohd Syahiran bin Haji Mohd Sofian, Dayang Waiduri binti Haji Mohd Ali dan Dayang Aisyah Radhiah binti Gani.

    Ia merupakan antara siri taklimat dan bengkel yang dikendalikan oleh Unit Muraqib, KHEU di bawah Projek Pengukuhan Maqasid Syariah dalam Pengurusan dan Pentadbiran Negara Brunei Darussalam.

    Projek berkenaan merupakan salah satu projek strategik KHEU bagi 2020 – 2024 yang bertujuan untuk membudayakan penghayatan Maqasid Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran di Negara Brunei Darussalam, serta menerapkan nilai-nilai baik dalam mendukung Maqasid Syariah.

    Antara peserta wanita yang menghadiri taklimat tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...