Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga kementerian didedah tentang ilmu audit

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Pegawai dan kakitangan dari semua kementerian yang mengendalikan projek-projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN) telah menghadiri Sesi Perkongsian Ilmu mengenai Dapatan-dapatan Utama Audit Terhadap Projek-projek RKN yang berlangsung di Dewan Bilik Serbaguna 2, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) pada 30 April lalu.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MOFE, di sini, menyatakan sesi itu yang diadakan oleh MOFE dengan kerjasama Jabatan Audit (JA), Jabatan Perdana Menteri, bertujuan bagi berkongsi dan berbincang mengenai dapatan-dapatan secara umum yang lazinnya diperoleh daripada laporan-laporan JA terhadap beberapa projek RKN sebagai pengajaran yang dipelajari untuk menjayakan lagi perancangan serta pelaksanaan projek-projek RKN ke-12.

    Sesi perkongsian ilmu itu merangkumi perbincangan kumpulan kecil dan pembentangan oleh peserta mengenai isu dan cabaran berkaitan projek RKN serta cadangan mengatasi atau mengurangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh pegawai projek dan jabatan pelaksana.

    Warga kementerian yang mengendalikan projek RKN semasa menghadiri sesi tersebut. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda