Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan majlis membaca Surah Yasin dan tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.
Mengetuai rombongan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.
Majlis diisikan dengan bacaan Surah Yasin yang diikuti dengan bacaan tahlil beramai-ramai dan seterusnya doa yang dipimpin oleh Ketua Unit Perkhidmatan Ugama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Haji Nor Asilin bin Haji Puting.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, pengarah-pengarah, berserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.
