Sunday, February 23, 2025
21.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Kementerian Kesihatan diseru terap perkhidmatan pelanggan terbaik

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Semua warga kerja Kementerian Kesihatan diseru supaya terus berusaha untuk menerapkan nilai-nilai seperti komunikasi yang jelas, ramah, menggunakan bahasa positif, empati serta pada masa yang sama memberikan perhatian apa yang dicakapkan oleh pelanggan dan mendengar secara aktif serta banyak bersabar.

    Penerapan nilai-nilai berkenaan dalam kerja harian adalah amat mustahak bagi memastikan mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

    Seruan itu dibuat oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin dalam ucapannya semasa Majlis Pelancaran Program Latihan Perkhidmatan Pelanggan yang berlangsung di Bilik Bengkel, Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Haji Maswadi ketika menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Latihan Perkhidmatan Pelanggan. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda