Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Kementerian Kesihatan terima pingat

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Seramai 41 orang warga Kementerian Kesihatan telah dikurniakan Pingat Kerja Lama (PKL) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun bagi 2022.

    Majlis penyampaian pingat berkenaan berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini, dan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku tetamu kehormat majlis.

    Dengan adanya majlis berkenaan, ia antara lain bertujuan untuk memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Kementerian Kesihatan atas jasa bakti mereka kepada raja, kerajaan dan dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.

    Selain itu, ia dapat menyuntik lagi semangat bagi warga yang lain untuk turut meningkatkan mutu kerja dengan lebih gigih dan cemerlang.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat Tafrijiyah yang diketuai oleh Haji Mohammad Emmarol bin Haji Azamain dan diteruskan dengan penyampaian pingat.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Dr Ang Swee Hui; pemangku timbalan setiausaha tetap, pemangku ketua pengarah perubatan, ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyampaikan pingat kepada salah seorang penerima semasa majlis berkenaan. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda