Gambar serahan Arkib Negara Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Seramai 43 orang pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menghadiri sesi Taklimat Pengenalan Arkib Negara Brunei Darussalam dan Pengurusan Rekod di Teater, PM Dato Sharifuddin, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam.
Sesi taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Arkib, Awang Zulhilmi bin Mohd Zain itu bertujuan bagi memberigakan fungsi dan peranan Arkib Negara Brunei Darussalam khususnya dalam memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan rekod awam secara lebih bersistematik dan menerangkan mengenai koleksi bahan arkib yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam melaksanakan penyelidikan.
Selain itu, pegawai dan kakitangan KHEU berkenaan juga dibawa melawat ke ruang kerja di Unit Pengurusan Rekod untuk melihat secara lebih dekat mengenai tatacara pengurusan rekod yang lebih tepat dan Dewan Penyelidikan di Unit Perkhidmatan Akses dan Rujukan bagi mengetahui koleksi bahan-bahan arkib yang boleh dirujuk bagi tujuan penyelidikan.