Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga KHEU pamer bakat dalam kejohanan bola jaring

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Sebanyak 8 pasukan kelmarin telah bertanding dalam kejohanan bola jaring bersempena memperingati pelaksanaan Pendidikan Ugama Formal Ke-68 Tahun anjuran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU) bertempat di dewan serba guna, Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Rimba.

    Hadir selaku tetamu khas bagi acara penutup kejohanan itu ialah Awang Haji Shamsol bin Haji Omar, Pengarah Pengajian Islam, KHEU yang kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

    Kejohanan yang dibukakan kepada para pegawai, kakitangan serta tenaga pengajar wanita Jabatan Pengajian Islam berkenaan merupakan salah satu inisiatif dan galakan kepada warga jabatan untuk bergiat aktif dalam bidang sukan bagi memelihara kesihatan fizikal dan mental. Ianya juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, silaturahim, setia kawan serta semangat ukhwah dalam kalangan para peserta.

    Selain itu, kejohanan berkenaan diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru supaya dapat diserapkan bagi mewakili Jabatan dan Kementerian.

    Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pengajian Islam dan KHEU.

    GAMBAR_GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda